HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

MESYUARAT PENYELARASAN PERKHIDMATAN PERUBATAN KECEMASAN HOSPITAL PENGAJAR UNISZA (hosza) BERSAMA JABATAN KECEMASAN HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (HSNZ)

Kuala Nerus | 3 Januari 2024

Satu mesyuarat antara Jabatan Kecemasan & Trauma hosza bersama Jabatan Kecemasan & Trauma HSNZ telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Razi hosza.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Dr. Mohd Lotfi Bin Hamzah (Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Negeri Terengganu) bersama Dr Hafidahwati Binti Hamid (Ketua Jabatan Kecemasan Dan Trauma Hsnz) serta Pakar-Pakar Perubatan Kecemasan , Pegawai Perubatan , Penolong Pegawai Perubatan dan Ketua Jururawat (Jabatan Kecemasan HSNZ).
 
Mesyuarat ini telah membincangkan tentang kerjasama dua hala antara Jabatan Kecemasan Dan Trauma hosza dan Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ.
 
Semoga dengan mesyuarat yang diadakan ini dapat memberi kebaikan dan kelebihan kepada kedua-dua pihak yang terlibat.