HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN BAGI STAF PENTADBIRAN HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN

20 Mei 2024 | Kuala Nerus

Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran HoSZA telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Khidmat Pelanggan bertempat di Auditorium Al-Zahrawi semalam.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan kemahiran staf ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi tatacara penampilan diri yang profesional, kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA).

Tahniah buat Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran atas penganjuran ini.