5 Jun 2024 | Kuala Nerus
Jabatan Obstetrik & Ginekologi HoSZA dengan kerjasama Hospital Sultanah NurZahirah dan Persatuan Obstetrik & Ginekologi Terengganu telah menganjurkan 4th Terengganu Urogynaecology Workshop 2024 di Auditorium Al-Zahrawi, HoSZA.
Seramai 150 orang peserta terdiri daripada pegawai perubatan dan jururawat telah menyertai bengkel ini.
Penceramah jemputan ialah Dr. Faridah bt Mohd Yusof, Pakar Perunding Kanan (Urogynaecologist) merangkap Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi HSNZ, Dr. Nor Fadzilah bt Noor Affendi, Pakar Obstetrik & Ginekologi (Urogynaecology Trainee), Dr. Wan Abu Bakar bin Yussof, Pensyarah Perubatan dan Pakar Perunding Kanan (Urogynaegocology) HoSZA dan Puan Mariati bt Che Rani, Pegawai Fisioterapi HSNZ.
Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan perawat tentang simptom awal kepada POP sekaligus dapat meningkatkan kemahiran mereka dan memberikan perkhidmatan rawatan secara konklusif dan optimum kepada pesakit POP.