Kuala Nerus | 10 Muharram 1446H
Rakan Surau, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) telah menganjurkan Ceramah Perdana Sempena Awal Muharram Peringkat Hospital Sultan Zainal Abidin 1446H “Makna Hijrah Dalam Konteks Kehidupan Moden” yang telah disampaikan al Fadil Ustaz Dr. Fauzi bin Chik, bertempat di Auditorium Al-Zahrawi, HoSZA.
Kata aluan telah disempurnakan oleh YBhg. En. Ahmad Termizi bin Abd Aziz, Timb Pengarah (Pengurusan) HoSZA merangkap wakil pengurusan Hopital Sultan Zainal Abidin.
Objektif ceramah ini bertujuan untuk mendalami pemahaman umat Islam terhadap erti dan hikmah di sebalik peristiwa hijrah, serta mengukuhkan nilai-nilai murni yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Ceramah Maal Hijrah yang diadakan di Auditorium Al- Zahrawi berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat baik dari semua staf HoSZA. Ustaz Dr Fauzi berhasil menyampaikan pesan-pesan penting tentang hijrah dengan jelas dan inspiratif.
Para hadirin juga, menunjukkan minat dan komitmen mereka untuk mengaplikasikan nilai-nilai hijrah dalam kehidupan. Selain itu, sesi cabutan hadiah juga turut disediakan buat peserta yang bertuah pada hari ini.
Semoga majlis ini memberikan manfaat dan menjadi pendorong bagi umat Islam untuk terus berhijrah ke arah yang lebih baik.