Jabatan Pediatrik merupakan salah sebuah jabatan di bawah organisasi perkhidmatan perubatan hospital yang dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti Timbalan Pengarah Klinikal dan diketuai oleh Ketua Jabatan Pediatrik. Jabatan Pediatrik di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) menawarkan rawatan kepakaran, penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan yang holistik kepada semua kanak-kanak yang baru dilahirkan (Neonatal) sehingga berumur 18 tahun. Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pesakit dalam ( in patient) dan pesakit luar (out patient). Dalam Jabatan Pediatrik terdapat Wad Pediatrik yang mempunyai 25 buah katil, Unit Rawatan Rapi Neonatal mempunyai 25 katil, Unit Rawatan Rapi Pediatrik mempunyai 4 buah katil, Unit Rawatan Harian Pediatrik mempunyai 10 buah katil dan Klinik Pakar Kanak-Kanak mempunyai 5 buah bilik konsultasi.
Wad Pediatrik
Kemasukan pesakit dalam untuk kes-kes pediatrik am dan multidisiplin.
Klinik Pakar Pediatrik
Merangkumi bidang pediatrik am dan subkepakaran pediatrik kardiologi.
Unit Rawatan Rapi Neonatologi
Memberi perkhidmatan kirital dan separa kritikal kepada bayi berumur baru lahir sehingga 28 hari. Memberi perawatan bagi pesakit Jaundis.
Unit Rawatan Rapi Pediatrik
Memberi perkhidmatan kritikal kepada pesakit pediatrik
Unit Rawatan Harian Pediatrik
Rawatan harian untuk kes-kes pemindahan darah, pemantauan prosedur melibatkan penggunaan sedatif dan prosedur-prosedur khas pediatrik.
Rehabilitasi
Rawatan rehabilitasi fisioterapi, terapi carakerja, terapi pertuturan dan pusat perkembangan kanak-kanak.
Pendidikan kesihatan pesakit dan komuniti.
Mengendalikan taklimat kesihatan, kaunseling dan kempen kesedaran kepada pesakit, ibubapa dan komuniti.