HoSZA

JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan antara jabatan terpenting di sesebuah hospital. Ia beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan bertindak sebagai barisan hadapan dalam memberikan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan kepada pesakit yang merangkumi pesakit-pesakit kritikal, separa kritikal dan tidak kritikal. 

Perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini termasuklah perkhidmatan perawatan kecemasan dan trauma, perkhidmatan penjagaan pra hospital, perkhidmatan pengurusan bencana, pengurusan latihan, pengurusan kualiti jabatan dan perkhidmatan perubatan hiperbarik.

VISI
Menjadi pusat kecemerlangan yang terkemuka dari segi akademik, inovasi, penyelidikan, dan perkhidmatan perawatan kecemasan yang efisien, komprehensif dan holistik.

MISI
Kami komited untuk menyediakan rawatan yang cekap, cepat dan perkhidmatan penjagaan dalam cara yang sopan untuk memastikan keperluan dan kepuasan pesakit dipenuhi.

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan perkhidmatan perubatan kecemasan dan pra hospital yang holistik dan berkualiti selaras dengan kepakaran yang sedia ada dan kemajuan teknologi terkini dalam perawatan pesakit.
  2. Memberikan perkhidmatan kecemasan bagi setiap fasa pengurusan kritikal bermula dari perkhidmatan pra hospital, perkhidmatan triaj dan pengurusan pesakit di zon-zon khas iaitu Kritikal, Separa Kritikal dan Tidak Kritikal.
  3. Memastikan perawatan yang tepat, efisien serta efektif melibatkan proses diagnosis, resusitasi, penstabilan, dan pelaksanaan prosedur-prosedur menyelamatkan nyawa.
  4. Memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit melalui pendekatan berkumpulan yang terdiri daripada Pakar Kecemasan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat.
  5. Berfungsi sebagai jabatan yang menerima kes-kes rujukan dari hospital dan klinik-klinik setempat bagi tujuan perawatan, pembelajaran dan penyelidikan serta keperluan masyarakat setempat.
  6. Bekerjasama dalam menyediakan kemudahan untuk keperluan pendidikan, pengajaran, penyelidikan perubatan dan kesihatan bagi pra siswazah, siswazah dan pasca siswazah di institusi-institusi kesihatan dalam dan luar negara.

Di dalam memenuhi keperluan kecemasan terhadap pesakit, kami adalah komited dengan memberikan rawatan dengan cepat dan tepat berdasarkan perkara-perkara berikut:

  1. Pesakit akan melalui proses penyaringan (triaj) mengikut tahap keterukan atau kecederaan / penyakit.
  2. Kes-kes kecemasan yang kritikal akan diberi keutamaan perawatan yang cepat dan akan dirawat serta merta oleh pegawai perubatan.
  3. Kes-kes semi kritikal dan stabil akan dirawat oleh pegawai perubatan dan diberi perawatan dalam masa 30 minit.
  4. Kes-kes tidak kritikal akan dirawat oleh pegawai perubatan dalam tempoh masa 90minit.
  5. Setiap panggilan kecemasan yang diterima akan direspon dengan segera dalam tempoh 15 minit (Ambulance Response Time).
  6. Maklumat akan diberikan kepada pesakit berkenaan penyakit dan perawatan.
  7. Merujuk kes-kes berkaitan kepada kepakaran yang berkenaan bagi rawatan lanjutan.
  8. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  1. Perkhidmatan rawatan dan penjagaan di hospital (Hospital Care)

    1.1 Perkhidmatan penerimaan pesakit dan triage.
    1.2 Penjagaan klinikal Kecemasan dan Trauma. (Kes Kritikal, Kes Separa Kritikal & Kes Tidak Kritikal)
    1.3 Perkhidmatan Perubatan Permerhatian (SSOU).
    1.4 Pusat rujukan terus daripada klinik kesihatan, dan klinik swasta.
    1.5 Pengurusan kes-kes Brought in Death (BID) dan meninggal di jabatan, Died in Department (DID).
    1.6 Perawatan kes-kes asthma (acute asthma).

    1.7 Isolasi zon (DECON)

  2. Perkhidmatan penjagaan pra-hospital (Pre-hospital Care: PHC)

    2.1 Perkhidmatan respon ambulan kecemasan, iaitu pasukan panggilan ambulan bagi kes-kes kecemasan.
    2.2 Pusat penerimaan panggilan kecemasan 999 dari MECC.
    2.3 Pengurusan bencana (Major Casualty Incident; MCI and disaster management).
    2.4 Pasukan perlindungan perubatan (Medical Team Coverage).
    2.5 Pemindahan pesakit di antara fasiliti perubatan; permindahan interfaciliti

  3. Lain-lain perkhidmatan

    3.1 Khidmat Pusat Bersepadu (One Stop Crisis Centre; OSCC).
    3.2 Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT)
    3.3 Trauma OT
    3.4 Kod Blue (Code Blue).

    3.5 Ujian makmal untuk tujuan diagnostik (Point of Care Testing; POCT).
    3.6 Pengendalian kes-kes polis (medicolegal cases).
    3.7 Perkhidmatan pesakit luar selepas waktu pejabat.
    3.8 Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kecemasan
    3.9 Perkhidmatan X-ray Jabatan Kecemasan
    3.10 Pusat latihan dalam perkhidmatan bagi;
       3.10.1 Pelatih Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan & Kesihatan (BMHS).
       3.10.2 Pelatih Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS).
    3.11 Pengendalian latihan berkaitan dengan kursus resusitasi;
       3.11.1 BLS (Basic Life Support)
       3.11.2 ALS (Advanced Life Support)
       3.11.3 Triage
       3.11.4 TLS (Trauma Life Support)
       3.11.5 Lain-lain kursus, CME,bedside teaching dan seminar.

WAKTU OPERASI
Jabatan Kecemasan dan Trauma beroperasi 24 jam termasuk cuti umum.