Skip to main content

HoSZA

JABATAN OTORINOLARINGOLOGI

Jabatan Otorinolaringologi merupakan salah satu di antara jabatan-jabatan di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA). Jabatan ini memberikan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak serta yang berkaitan. Ia terletak di Aras 2 di kawasan klinik pakar.

Perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak merangkumi rawatan kecemasan dan trauma yang melibatkan bahagian Telinga, Hidung dan Tekak serta bahagian-bahagian yang berkaitan. Rawatan komprehensif yang diberikan oleh jabatan ini merangkumi penentuan penyakit serta rawatan dan pemulihan kepada semua pesakit yang mempunyai masalah Telinga, Hidung dan Tekak. Kami memberi khidmat rawatan berkenaan kepada penduduk di sekitar negeri Terengganu khususnya bagi penduduk Kuala Nerus dan menerima rujukan daripada hospital kerajaan dan swasta, klinik kesihatan kerajaan dan swasta.

Kakitangan jabatan ini terdiri di ketuai oleh Dr. Nor Kamaruzaman bin Esa sebagai Ketua Jabatan dan dibantu oleh tiga Pakar Otorinolaringologi, Pegawai-pegawai Perubatan, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran), Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih serta Pembantu Perubatan Kesihatan. Jabatan ini dibina dan dilengkapi dengan peralatan moden agar dapat memberi sumbangan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak yang terkini.

VISI
Untuk menjadikan HoSZA sebagai pusat penyelidikan, pengajaran dan perawatan kepada pesakit yang unggul dalam bidang Otorinolaringologi, Pemulihan Perubatan Pendengaran dan Pemulihan Perubatan Pertuturan.

MISI
Jabatan Otorinolaringologi akan memberikan perkhidmatan perubatan dan perawatan yang efisien, berkualiti dan profesional kepada semua pelanggan menggunakan teknologi perawatan terkini serta patuh syariah.

  • Di Klinik Pakar Otorinolaringologi  menyediakan perawatan bagi pesakit yang mengalami masalah telinga, hidung dan tekak termasuklah perawatan sokongan iaitu Unit Pemulihan Pendengaran dan juga Unit Pemulihan Terapi Pertuturan.
  • Antara perkhidmatan yang diberikan adalah :

    1. Perkhidmatan pesakit luar :
         a) Perkhidmatan perawatan ORL
              – Bagi penyakit-penyakit yang berkaitan telinga, hidung, tekak, kepala dan leher.

         b) Perkhidmatan pemulihan perubatan pendengaran.
              – Dikendalikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) atau pun dikenali sebagai Audiologist.

          c) Perkhidmatan pemulihan perubatan pertuturan
              – Dikendalikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) ataupun dikenali sebagai Speech Therapist.

    2. Perkhidmatan pesakit dalam.
        – Bagi pesakit yang berada di dalam wad yang mana memerlukan perawatan perubatan yang berkaitan dengan telinga, hidung, tekak, kepala dan leher.

    3. Perkhidmatan pembedahan
         – Dimana pesakit yang mempunyai masalah telinga, hidung, tekak, kepala dan leher yang memerlukan rawatan untuk menjalani pembedahan samada secara bius setempat (LA) atau bius umum (GA).