HoSZA

JABATAN PERUBATAN FORENSIK

Jabatan Perubatan Forensik HoSZA merupakan sebuah jabatan perkhidmatan diagnostik klinikal. Jabatan ini menawarkan perkhidmatan rutin mortuari dan forensik bagi HoSZA serta menjadi platform bagi tujuan pembelajaran dalam bidang forensik bagi para Pegawai Perubatan Siswazah, pelajar Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat.

Jabatan ini mempunyai dua (2) bilik bedah siasat yang dilengkapi peralatan audio, dua (2) bilik pengurusan mandi/kafan mayat dan sebuah bilik CT scan (infraready) serta mempunyai kapasiti menyimpan 10 mayat dewasa, 10 mayat bayi dan dua (2) mayat reput serta mempunyai 1 peti untuk menyimpan sampel.

Dari aspek perjawatan, Jabatan Perubatan Forensik akan dianggotai oleh Pakar Perubatan Forensik, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains Forensik, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan serta pembantu tadbir.