Jabatan Kejururawatan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) merupakan teras utama penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan yang holistik, selamat dan berfokuskan pesakit. Sebagai salah satu komponen profesional dalam struktur pengurusan hospital, Jabatan Kejururawatan memainkan peranan strategik dalam memastikan kualiti penjagaan kejururawatan yang berterusan, beretika dan selaras dengan piawaian amalan terbaik serta mesra shariah.
Jabatan ini bertanggungjawab secara langsung kepada pihak pengurusan hospital melalui Ketua Jabatan Kejururawatan (KJK), serta berfungsi sebagai penggerak utama dalam pembangunan modal insan kejururawatan, peningkatan kualiti perkhidmatan klinikal, keselamatan pesakit dan budaya penjagaan berteraskan nilai profesionalisme, empati dan ihsan.
Selaras dengan Polisi Hospital, Jabatan Kejururawatan HoSZA menetapkan visi, misi dan objektif tersendiri yang menekankan kecemerlangan klinikal, inovasi dalam amalan kejururawatan, pemerkasaan ilmu serta sokongan terhadap peranan HoSZA sebagai hospital pengajar dan pusat rujukan. Pendekatan ini memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan bukan sahaja memenuhi keperluan klinikal pesakit, malah menyokong pembangunan akademik, penyelidikan dan latihan berterusan warga kejururawatan.
Dari segi pentadbiran, Jabatan Kejururawatan beroperasi di Kompleks Pentadbiran, Tingkat 4 bangunan hospital, bersebelahan dengan Jabatan Sumber Manusia dan Jabatan Kewangan, sekali gus memudahkan koordinasi strategik, tadbir urus berkesan dan pengurusan sumber yang optimum dalam menyokong operasi hospital secara menyeluruh.
VISI
Peneraju perkhidmatan penjagaan kejururawatan yang berkualiti, holistik dan terkini demi kesejahteraan dan kualiti kehidupan pesakit.
MISI
Menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan penjagaan kejururawatan dengan berlandaskan budaya kerja yang profesional, bermutu tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni, mesra syariah serta praktik berasaskan bukti yang terkini.
OBJEKTIF
NO | INDIKATOR | DIMENSI | STANDARD |
1. | Peratusan komplikasi saluran intravena iaitu Phlebitis (menyebabkan ketidakselesaan dan sakit, serta kemerahan di kulit kesan jangkitan di tempat tusukan jarum) | Keberkesanan rawatan dan kecekapan jururawat | Kurang atau bersamaan 0.5% sebulan |
2. | Peratusan pengurangan kadar kes pesakit jatuh bagi dewasa dan kanak-kanak | Keselamatan pesakit | Kurang atau bersamaan 5% daripada 1000 pesakit sehari |
3. | Peratusan pengurangan kudis tekanan hasil daripada geseran dan luka pada kulit | Keberkesanan rawatan dan kecekapan jururawat | Kurang daripada 3 % sebulan |
1. Semua Wad Perubatan
2. Klinik Pakar Perubatan
3. Rawatan Harian Perubatan
4. Pusat Sumber Diabetes
Bahagian Psikiatri Dan Kesihatan Mental
1. Klinik Pakar Psikiatri
2. Unit Psikiatri Komuniti
Bahagian Pembedahan
1. Semua Wad Pembedahan
2. Klinik Pakar Pembedahan
3. Dewan Bedah Am
4. Pusat Rawatan Harian (Pembedahan & Endoskopi)
Bahagian Otorinolaringologi
1. Klinik Pakar Otorinolaringologi
2. Dewan Bedah Otorinolaringologi
3. Wad Otorinolaringologi
Bahagian Oftalmologi
1. Klinik Pakar Oftalmologi
2. Dewan Bedah Oftalmologi
3. Wad Oftalmologi
Bahagian Penjagaan Kritikal
1. Unit Rawatan Rapi
2. Unit Separa Kritikal
3. Unit Rawatan Rapi Pediatrik
4. Unit Rawatan Rapi Koronari
5. Unit Rawatan Rapi Neonatal
Bahagian Ortopedik
1. Klinik Pakar Ortopedik
2. Dewan Bedah Ortopedik
3. Wad Ortopedik
Bahagian Obstetrik & Ginekologi
1. Wad Obstetrik & Ginekologi
2. Dewan Bedah Materniti
3. Dewan Bersalin
4. Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi
5. Pusat Kemasukan Pesakit O&G (O&G Admission Centre – OGAC)
Bahagian Pediatrik
1. Wad Pediatrik
2. Klinik Pakar Pediatrik
3. Rawatan Harian Pediatrik
4. Penjagaan Khusus Bayi (Special Care Nursery – SCN)
Bahagian Kecemasan dan Trauma
1. Penjagaan Kritikal Kecemasan
2. Penjagaan Pemerhatian
3. Penjagaan Pra Hospital
4. Penjagaan Trauma
5. Pusat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre – OSCC)
6. Dewan Bedah Trauma
7. Perubatan Hiperbarik
Unit berikut merupakan di bawah Portfolio Ketua Jabatan Kejururawatan
1. Unit Perubatan
2. Unit Pembedahan
3. Unit Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak
4. Unit Perkembangan Kejururawatan