Skip to main content

HoSZA

UNIT PENYELIAAN HOSPITAL

Unit Penyeliaan Hospital merupakan salah satu unit di bawah Direktorat Sokongan Klinikal Pengurusan Hospital Sultan Zainal Abidin dan dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti Timbalan Pengarah (Sokongan). Unit ini terletak di aras 2 di bahagian Pejabat Ketua-Ketua Unit. Fungsi utama Unit adalah bertanggungjawab dalam mengurus aspek sumber manusia jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Selain itu, tumpuan utama unit ini adalah memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap, prihatin dan selamat diberikan kepada pesakit berkonsepkan Hospital Mesra Syariah.

VISI
Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompetensi, berdedikasi dan berkualiti dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Hospital Sultan Zainal Abidin secara berterusan dan membudayakan pendidikan secara holistik.

MISI

  • Menyediakan perkhidmatan Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision) kepada anggota di bawah seliaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara profesional dan efektif memenuhi keperluan pelanggan berkonsepkan Hospital Mesra Syariah.
  • Memperkasakan profesion Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan berasaskan kompetensi agar mencapai mutu perkhidmatan yang berkualiti dan selamat untuk pelanggan.
  • Memupuk semangat kerja berpasukan kepada kakitangan di bawah seliaan agar dapat bekerjasama dengan semua profesion bagi mencapai kepuasan bekerja yang optimum.

OBJEKTIF
1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dialksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.

2. Mengurus sumber manusia di bawah kawalan dengan cekap dan mengoptimalkan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.

3. Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek atau jangka panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah seliaan.

4. Terlibat dan menyokong aktiviti pengajaran, program sangkutan pihak dalam dan luar hospital.

5. Keterlibatan kakitangan di bawah seliaan dalam membantu program penyelidikan yang dijalankan di peringkat jabatan atau hospital.

  1. Memastikan semua anggota Penolong Pegawai Perubatan mematuhi Akta 180, Akta Pembantu Pembantu Perubatan 1977 dan mematuhi Kod Etika Pembantu Perubatan Malaysia.
  2. Memastikan semua anggota Penolong Pegawai Perubatan mencapai jumlah mata minimum MyCPD bagi tujuan memperbaharui Sijil Amalan Tahunan.
  3. Memastikan semua anggota Penolong Pegawai Perubatan mempunyai Sijil Amalan Tahunan yang sah bagi tujuan perkhidmatan.
  4. Memastikan setiap anggota di bawah seliaan menghadiri latihan bagi tujuan pembelajaran berterusan dan mencapai 100% jumlah jam latihan tahunan mengikut ketetapan Universiti.
  5. Memastikan 90% Pembantu Perawatan Kesihatan melengkapkan Buku Log Credentialing & Privileging PPK (Tahap 1) dalam tempoh masa 3 bulan selepas menghadiri Program Latihan Peningkatan (PPK) Tahap 1.
  1. Memantau mutu perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa berkonsepkan Hospital Mesra Syariah.
  2. Penyeliaan klinikal (Clinical Supervision) akan dilaksanakan bagi setiap jabatan / unit.
  3. Mengadakan CME (Continous Medical Education) dan kursus bagi Penolong Pegawai Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan secara berkala dan berterusan.
  4. Memastikan semua Penolong Pegawai Perubatan memiliki Sijil Amalan (APC) dan memperbaharui sijil amalan tahunan (ARC) bagi tahun semasa.
  5. Mewujudkan kerjasama dengan jabatan / unit yang lain secara profesional dengan meletakkan kepentingan perkhidmatan sebagai agenda utama.

PENTADBIRAN

  1. Menyediakan dan mengurus perjawatan pegawai dan permohonan perjawatan baru melalui Anggaran Belanja Mengurus.
  2. Pengagihan dan penempatan semula pegawai mengikut keperluan jabatan / unit di Hospital.
  3. Menyelia dan memantau tatakelakuan dan pematuhan proses kerja pegawai di bawah seliaan.
  4. Mengadakan Mesyuarat berkala Unit Penyeliaan Hospital dan bekerjasama pihak pengurusan hospital bagi melancarkan pengoperasian hospital.
  5. Menguruskan semua perihal kewangan dan aset di bawah jagaan unit.
  6. Pematuhan kepada Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Pematuhan Kod Etika Pembantu Perubatan Malaysia dipatuhi.
  7. Memberi orientasi kepada anggota baru.
  8. Merancang latihan bagi anggota di bawah seliaan.
  9. Mengurus dan menyediakan rekod latihan yang dihadiri oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
  10. Mengurus dan menjalankan siasatan dalaman yang melibatkan aduan terhadap anggota.

KLINIKAL

  1. Memastikan anggota seliaan melakukan prosedur mengikut Standard Operating Procedure (S.O.P.) dan Clinical Practice Guidelines (C.P.G.) Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Menjalankan audit klinikal bagi anggota di bawah seliaan.
  3. Bekerjasama dengan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menjalankan latihan bencana dalaman dan latihan kebakaran.
  4. Terlibat sebagai penceramah atau fasilitator dalam kursus yang berkaitan.

TUGAS ATAS PANGGILAN

  1. ‘Clinical supervision’ di jabatan-jabatan yang melibatkan anggota di bawah jagaan.
  2. Penyediaan jadual tugas atas panggilan.
  3. Pemantauan terhadap anggota yang melakukan tugas atas panggilan.

PERKHIDMATAN PPK PORTER

  1. Menjalankan tugas-tugas penghantaran dan pengambilan pesakit dari wad/ unit ke tempat yang diarahkan.
  2. Mengiringi pesakit bagi kes interfacility transfer.
  3. Penghantaran pesakit rujukan wad ke Klinik Pakar yang memerlukan kerusi roda/troli.
  4. Penghantaran pesakit wad ke Jabatan/ Unit lain untuk melakukan prosedur dengan kerusi roda/ troli.
  5. Mengambil dan menghantar spesimen dari wad ke makmal.
  6. Menyediakan kemudahan kerusi roda / troli kepada pesakit yang memerlukan di lobi utama.