HoSZA

UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN

Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) merupakan salah satu jabatan dibawah Direktorat Sokongan Klinikal. Unit ini terletak di Aras 1, Hospital Sultan Zainal Abidin. Unit Kerja Sosial Perubatan dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti Timbalan Pengarah (Sokongan) dan diketuai oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan.

Unit Kerja Sosial Perubatan diwujudkan sebagai satu perkhidmatan yang menguruskan fungsi psikososial individu, keluarga dan komuniti bagi membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.

Secara am, perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan adalah bagi menangani pelbagai isu biopsikososial yang melibatkan pendekatan multi-disiplin dalam mencapai objektif Total Patient Care.

Perkhidmatan ini membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.

VISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi dengan memberikan perkhidmatan yang cekap bagi mencapai kesihatan fizikal dan mental yang baik.

MISI

  • Memberi khidmat psikososial melalui bantuan praktik dan terapi sokongan yang efektif dan cekap.
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada setiap pelanggan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
  • Memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik menggunakan intervesi yang bersesuaian mengikut etika yang ditetapkan.
  • Menjadi pusat kebaijkan yang efisien dengan memberikan perkhidmatan terbaik menerusi sistem penyampian yang cemerlang dan professional.
  • Mewujudkan suasana selesa dan kondusif kepada pelanggan dengan menerapkan nilai murni, dan budi perkerti.
  • Menjadi sumber rujukan utama dalam bidang kebajikan, bantuan perubatan dan sokongan kepada hospital dan pelanggan.
  • Mempergiatkan kesedaran kesihatan menerusi penglibatan kemasyarakatan dan kesukarelawan kepada awam.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
  • Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.
  • Menguruskan proses penerimaan, penjilidan, penyimpanan dan pengeluaran rekod bantuan sosial perubatan pesakit mengikut prosedur ditetapkan bagi kegunaan jabatan.
  • Menyediakan sistem pengurusan rekod bantuan sosial perubatan, data pesakit dan dokumentasi yang selamat dan cekap dari masa ke semasa.
  • Mengumpul dan menyediakan data-data statistik berkaitan rujukan dan pendaftaran kes dengan sistematik bagi penyediaan laporan tahunan jabatan/unit.
  • Memberikan satu perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada pelanggan serta menjadi contoh kepada jabatan lain di hospital. 


Bantuan praktikal dalam kerja sosial perubatan merujuk kepada sokongan nyata dan konkrit yang diberikan oleh pekerja sosial perubatan kepada pesakit yang menghadapi cabaran berkaitan kesihatan.


Terapi sokongan dalam kerja sosial perubatan ialah satu bentuk kaunseling atau psikoterapi yang disediakan oleh pekerja sosial perubatan kepada pesakit.