21 Julai 2023 | Kuala Nerus
Sukacita dimaklumkan bahawa KPT Prihatin Madani hosza kerjasama dengan Pusat Islam UniSZA telah turut sama menjayakan forum dan pemeriksaaan kesihatan percuma di perkarangan Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin.
Forum kesihatan yang telah disampaikan dari 2 panel hebat iaitu Prof’ Dato Dr. Ahmad Zubaidi bin A.Latif, Pengarah hosza dan Ustaz Dr. Fauzi bin Yusoh, Pensyarah dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA yang bertajuk ‘Kesihatan Nadi Kehidupan’.
Seramai 27 orang staf hosza telah terlibat dalam menjayakan program saringan kesihatan yang merangkumi saringan kesihatan am (saringan tekanan darah, BMI, paras gula, paras kolesterol) dan konsultasi oleh pegawai farmasi dan pegawai perubatan.
Terdapat satu booth pameran pemeriksaan CT Calcium Scoring dan CT paru-paru yang beradiasi rendah dari Jabatan Pengimejan Perubatan.
Antara masalah kesihatan yg dikenal pasti adalah obesiti, darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal. Khidmat nasihat dari pakar perubatan dan pegawai perubatan bertauliah turut diberikan dan mendapat tindakbalas kefahaman yang sangat baik dari komuniti.
Tahniah kepada team KPT Prihatin Madani hosza yang terlibat atas kejayaan penganjuran program ini. Terbaik!