25 September 2023 | Kuala Nerus
Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2023 telah dianjurkan oleh Jabatan Farmasi hosza dengan tema “Pharmacy Strengthening Health Systems”. Sambutan ini telah disertai oleh wakil farmasi dari Fakulti Farmasi UniSZA, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus (PKDKN), Malaysian Pharmacists Society (MPS), Hospital Salam dan juga Kuala Terengganu Medical Centre.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Shaiffudin bin Nik Him, Timbalan Pengarah (Klinikal) hosza. Turut hadir, YBrs. Prof. Dr. Lua Pei Lin, Dekan Fakulti Farmasi UniSZA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar bin Abdul Majeed, Dekan Fakulti Farmasi UiTM Kampus Puncak Alam, YBrs. Encik Ahmad Termizi bin Ab Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan) hosza serta Cik Noor Zaliha binti Ambak, Ketua Jabatan Farmasi hosza.
Usai perasmian, para hadirin disajikan dengan persembahan silat oleh saudari Arisya binti Hanaffi, Pelajar Fakulti Farmasi. Beliau merupakan Pemenang Pingat Emas Puteri Kelas B, Kejohanan Silat Piala Pengarah MSNT 2023.
Seterusnya, slot ceramah kesihatan pertama bertajuk “Halal Pharmaceutical: Behind Religious Obligation” telah disampaikan oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Abu Bakar bin Abdul Majeed, Dekan Fakulti Farmasi UiTM Kampus Puncak Alam dan diteruskan dengan slot kedua bertajuk “Multimodal Treatment of Heart Failure With Reduced Ejection Fraction” yang disampaikan oleh Dr. Mohd Sahrizan bin Ismail, Pakar Klinikal Kardiologi HSNZ.
Pada sesi petang, slot ceramah kesihatan ketiga iaitu “Role of Pharmacist in Cardiac Rehabilitation Programme” telah disampaikan oleh Pn. Aimi Syazana binti Muhammad Anuar, Pegawai Farmasi HSNZ. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah hosza turut memberikan ceramah yang bertajuk “MADANI Values in Pharmacy” sebelum program berlabuh tirai.
Acara kemuncak pada hari ini adalah Perasmian Pelancaran Buku Formulari Ubat hosza Edisi Pertama yang telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, diiringi YM Dr. Engku Narzini binti Raja Omar, YBhg. Prof Dato’ Dr. Abu Bakar bin Abdul Majeed, Puan Aimi Syazana binti Muhammad Anuar serta Cik Noor Zaliha binti Ambak.
Tahniah kepada Jabatan Farmasi atas kejayaan penganjuran Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2023 peringkat hosza. Terbaik!