Latihan Bulanan Bantuan Asas Hayat (BLS) Siri 3 untuk kakitangan Hospital Pengajar UniSZA
31 Julai 2023 | Kuala Nerus
Sesi Latihan Bulanan Bantuan Asas Hayat (BLS) Siri 3 untuk kakitangan Hospital Pengajar UniSZA yang dianjurkan oleh Unit Resusitasi Hospital, Jabatan Kecemasan dan Trauma hosza telah berlangsung di Kompleks Ibnu Sina hosza.
Sesi latihan bantuan asas hayat ini bertujuan untuk memastikan tahap kesiapsiagaan staf hosza dalam menghadapi situasi kecemasan berada pada tahap yang memuaskan.
Peserta latihan merupakan staf klinikal seramai 20 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan di Hospital Pengajar UniSZA.
Para fasilitator bantuan asas hayat (BLS) yang terlatih diketuai oleh Pakar Perubatan Kecemasan, Dr. Azlie bin Hassan bersama dengan Pakar Perubatan Kecemasan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma hosza.
Hasil sesi latihan ini telah memberikan banyak manfaat bukan sahaja perkongsian ilmu tetapi juga dapat menjalinkan hubungan kerjasama diantara pelbagai jabatan.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus dalam menjayakan sesi latihan ini. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan untuk masa hadapan.