HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) hosza Bagi Jawatan Jururawat Gred U29

9 & 10 Julai 2023 | Ahad & Isnin

Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran hosza dengan kerjasama Pusat Sukan UniSZA telah mengadakan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) bagi saringan pengambilan staf hosza yang telah berlangsung selama dua hari. Sesi UKF ini telah menerima kehadiran keseluruhan seramai 267 calon.

Sesi ini telah dimulakan dengan saringan pemeriksaan kesihatan oleh petugas kesihatan daripada Jururawat hosza bagi mengenalpasti calon-calon yang menjalani UKF adalah sihat untuk menjalani modul ujian kecergasan yang dikendalikan oleh petugas daripada Pusat Sukan UniSZA.

Objektif utama saringan pemeriksaan dan ujian kecergasan ini dijalankan adalah untuk menilai kemampuan peserta untuk melakukan aktiviti fizikal berdasarkan status kesihatan dan tahap kecergasan peserta.

Sesi ini telah dijayakan dengan kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak khususnya Pusat Sukan UniSZA, Unit Keselamatan & Jabatan Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Kejururawatan hosza serta Pusat Kesihatan UniSZA.