HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

Karnival Kesihatan Madani hosza Sempena Karnival Semarak Siswa Madani (SSM) UniSZA & Pengoperasian Perkhidmatan Klinik Pakar Pesakit Luar hosza

22 Julai 2023 | Kuala Nerus

Karnival Kesihatan Madani hosza telah berlangsung dengan meriahnya dengan dihadiri seramai lebih 1000 orang pengunjung warga Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Antara aktiviti menarik perhatian pengunjung adalah:
 
  • Pameran Semarak Siswa Madani UniSZA
  • Pameran PTPTN
  • Karnival Kesihatan hosza
  • Sukan Rakyat & Sukaneka
  • Funride & Walkathon
  • Jualan makanan dan Foodtruck
  • Cabutan bertuah

Funride yang berjarak sejauh 23 km disertai oleh seramai 200 orang peserta, diiringi anggota Unit Trafik PDRM cawangan Kuala Terengganu dan Jabatan Keselamatan UniSZA. Flag off telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Shaiffudin bin Nik Him, Timbalan Pengarah (Klinikal) hosza dan YM Dr. Engku Narzini bt Raja Omar, Timbalan Pengarah (Sokongan) hosza.

Sesi senamrobik yang dikelola oleh Jabatan Perubatan Rehabilitasi mendapat sambutan menggalakkan sebelum pelepasan acara walkathon.

Flag off bagi acara walkathon pula telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) bersama Pengurusan hosza.

Turut sama menyertai Walkathon sejauh 3.5km, YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd. Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Akademik&Antarabangsa) UniSZA, En Suhaili bin Mohd, Bendahari UniSZA.

YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din, Pendaftar UniSZA yang turut hadir telah melawat booth pameran akademik dan klinikal yang disediakan.
 
Tahniah buat semua kakitangan hosza yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Terbaik!