HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

KPT Prihatin Madani hosza sempena Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)

18-19 Ogos 2023 | Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu

KPT Prihatin Madani hosza telah dijemput untuk mengadakan saringan kesihatan (booth Jom Saring) sempena Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Program ini telah dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja Dato’ Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Seramai 149 orang pengunjung telah berjaya disaring dan mendapat konsultasi daripada pegawai perubatan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas KPT Prihatin Madani hosza yang terlibat dalam menjayakan program ini.