27 September 2023 | Kuala Nerus
Pada hari ini telah terlakar satu sejarah di hosza, melalui Jabatan Oftalmologi nya telah berjaya melakukan prosedur pembedahan sulong di hospital berkenaan.
Sejak pembukaan rasmi Klinik Oftalmologi hosza pada awal Ogos lepas, dapat dilihat peningkatan pesakit yang mengunjungi klinik oftalmologi untuk mendapatkan rawatan, begitu memberangsangkan.
Dan pada hari ini, kami telah berjaya melakukan pembedahan pterygium (pterygium excision with conjunctival graft) atau dalam istilah orang awam adalah pembedahan selaput luar.
Pterygium adalah ketumbuhan pada konjunktiva yang boleh sampai ke kornea. Untuk pesakit ini, pterygium tersebut telah tumbuh menutupi kornea dan anak mata sehingga menggangu penglihatan.
Dengan kejayaan pada hari ini, kami berasa sangat gembira. Penat lelah dalam proses penubuhan klinik berasa berbaloi apabila melihat senyuman di wajah pesakit setelah mendapatkan rawatan.
Datang lah berkunjung ke klinik oftalmologi hosza untuk mendapatkan rawatan. Kunjungan anda amat kami alu-alukan.