HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2023

26 September 2023 | Kuala Nerus

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H telah dianjurkan oleh Unit Rakan Surau hosza dengan objektif memupuk rasa cinta yang mendalam terhadap Rasulullah dan Sunnahnya dengan mengenang jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam perjuangan dakwah Islamiyyah.

Bulan Rabiulawal telah mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Apabila tibanya bulan Rabiulawal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati kelahiran dan kebangkitan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai Rasul akhir zaman yang telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam.

Turut hadir merasmikan dan memeriahkan majlis YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah hosza, Dr. Salman bin Amirudin, Penasihat Unit Rakan Surau hosza, dan Encik Fitri bin Omar pengarah program “Majlis hosza Berselawat 2023”.

Selepas perasmian, hadirin telah disajikan dengan persembahan Qasidah yang dialunkan dengan penuh merdu oleh kumpulan Qasidah Ahbab Anwarussofa. Ustaz Syed Abdul Matin bin Syed Husin Al-Aydrus, pendakwah bebas dan mudir Madrasah Ribat Anwarussofa turut menyampaikan ceramah bertajuk “Penghayatan Maulidur Rasul”.

Tahniah kepada Unit Rakan Surau hosza kerana telah menganjurkan program kerohanian sebegini.