22 – 25 Oktober 2023 | Ahad – Khamis
Kursus Pemanduan Ambulan Berhemah Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (hosza) 2023, yang dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (hosza) telah berjaya berlangsung pada 22-25 Oktober 2023 di Kompleks Pendidikan Ibnu Sina Aras 2 Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin. Program ini adalah berbentuk bengkel, ceramah dan amali yang akan disampaikan oleh staf dari Jabatan Kecemasan dan Trauma hosza , staf Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), staf Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan staf Bahagian Kejuruteraan Automotif JKNT. Program ini terbahagi kepada dua (2) modul iaitu Modul 1 : Perubatan dan Modul 2 : Keselamatan Pemanduan. Program ini disertai oleh 25 peserta yang komited dalam menjadi pemandu ambulan yang terlatih dimana semua pemandu tersebut perlu menjalani kursus-kursus yang telah dirangka khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penceramah dan fasilitator yang terdiri daripada Prof Madya Dr Nik Ahmad Shaiffudin bin Nik Him (Timbalan Pengarah Klinikal Pensyarah Perubatan Gred Khas C) , Dr. Azlie bin Hassan (Pakar Perubatan Kecemasan) , Dr. Rahaizah binti Rani (Pakar Perubatan Kecemasan) , Dr. Farizi bin Pathi (Pegawai Perubatan Kecemasan) , Dr. Nahiyatul Syahirah binti Roslan (Pegawai Perubatan Kecemasan) , Dr. Nurain Munirah binti Hashim (Pegawai Perubatan Kecemasan) , Dr. Muhammad A’uny Fakrullah bin Imran (Pegawai Perubatan Kecemasan), Dr. Mohd Adib Aiman bin A Rashid (Pegawai Perubatan Kecemasan).
Kursus ini membantu peserta memahami dan memberi pendedahan berkaitan sistem prahospital yang terdapat di fasiliti kesihatan hosza. Juga memastikan setiap pemandu ambulan dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran CPR serta pengetahuan asas pertolongan perubatan. Memastikan setiap pemandu dapat memberi bantuan awal kepada pesakit ketika berada di lokasi kejadian.
Kursus ini memberi penekanan kepada pemandu ambulan iaitu faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalanraya, teknik mengenalpasti risiko tersebut dan cara mengatasinya dengan berkesan serta melatih pemandu ambulan kecemasan teknik pemanduan Defensive Driving dalam situasi penjagaan pesakit secara praktikal dan diharapkan akan meningkatkan standard perubatan dan penjagaan kesihatan di Terengganu serta seluruh negara.
Kursus Pemanduan Ambulan Berhemah Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (hosza) 2023 adalah langkah positif dalam menguatkan Terengganu dalam bidang perubatan, dan diharapkan akan mendorong lebih banyak program seumpama ini pada masa akan datang.