HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

Bengkel Pengurusan Tibi Kanak-Kanak Peringkat Negeri Terengganu 2023

9 Oktober 2023 | Kuala Nerus

Bengkel Pengurusan Tibi Kanak-kanak peringkat negeri Terengganu 2023 anjuran bersama Jabatan Pediatrik hosza dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah diadakan di Auditorium Al-Zahrawi.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah hosza diiringi YBrs. Dr. Hashim bin Abdullah, Pakar Perubatan Kesihatan Awam & Ketua Sektor TB/Kusta JKNT. Penceramah jemputan merupakan Prof. Madya Dr. Hafizah Zainuddin @ Abd Wahab, Pensyarah Perubatan & Pakar Pediatrik Respiratori UniSZA, Dr. Noor Ain bt Noor Affendi, Pakar Pediatrik Respiratori Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Darisah bt Lah, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Hiliran dan Dr. Salmiah bt Sidek, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Bukit Payung.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mempertingkat pengetahuan dan memberi pendedahan kepada pengamal perubatan berkenaan pengurusan tibi kanak-kanak yang telah dihasilkan di peringkat kebangsaan pada 19-21 Jun 2023 oleh Pasukan Pakar Pediatrik Respiratori bersama Sektor Kawalan Tibi Kebangsaan.

Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat telah terlibat dalam bengkel ini. Tahniah buat semua warga kerja dan diharap jalinan kerjasama program ilmiah sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.