31 Oktober 2023 | Kuala Nerus
Perhimpunan bulanan staf hosza siri 10/2023 telah dihoskan oleh gabungan 3 jabatan iaitu Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Jabatan Perubatan Forensik dan Jabatan Bekalan Bahan Steril (CSSD) yang bertemakan Kesihatan Mental Milik Semua.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah hosza, Turut hadir, Dr. Hanisah bt Mohd Noor, Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Dr. Mohamad Farhan bin Mormin, Ketua Jabatan Perubatan Forensik dan Encik Mohd Zuhair bin Mohd Yusof, Ketua Jabatan CSSD.
Seusai perasmian, majlis diteruskan dengan ceramah bertajuk Perspektif Kesihatan Mental Dalam Krisis Palestin-Apa Yang Boleh Dipelajari telah disampaikan oleh Dr. Hanisah bt Mohd Noor, dan “End The Silence: The Dead Body Speak Up” yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Farhan bin Mormin.
Tahniah kepada Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Jabatan Perubatan Forensik dan Jabatan Bekalan Bahan Steril (CSSD) atas kejayaan penganjuran perhimpunan bulanan ini. Terbaik!