AnCasa Royale, Pekan Pahang | 24-26 Januari 2024
Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran hosza telah menganjurkan Bengkel Retreat Ketua Jabatan hosza yang telah berlangsung selama 3 hari di AnCasa Royale, Pekan Pahang. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi merancang serta merangka strategi yang signifikan kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan. Di samping itu, ia bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan kesefahaman dalam mengurus tadbir jabatan di hosza.
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA turut hadir semasa sesi pembentangan.
Turut serta sepanjang bengkel ini diadakan ialah YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Encik Muzafar bin Mohd Din, Pendaftar UniSZA, Encik Suhaili bin Mohd, Bendahari UniSZA, Encik Mohd Fuad bin Husaini Penasihat Undang-Undang UniSZA dan YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Abu Hassan Asaari bin Abdullah (Pakar Rujuk hosza) dan Dekan-dekan.
Semoga Bengkel Retreat Ketua Jabatan ini berhasil dalam memastikan semua ketua jabatan memahami pelaksanaan Pelan Tindakan hosza 2024 yang akan dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Tahniah buat Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran hosza atas kejayaan penganjuran bengkel ini dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.