HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

PEMBIUSAN PERTAMA YANG BERJAYA DILAKSANAKAN OLEH JABATAN ANESTESIOLOGI DAN RAWATAN INTENSIF HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

KUALA NERUS | 14 Januari 2024

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif telah berjaya menjalankan prosedur pembiusan pertama di Dewan Bedah Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin secara Saddle Block Anesthesia kepada pesakit bagi menjalani pembedahan rawatan harian Examination under Anaesthesia (EUA), Medialisation of tract and Seton Insertion bagi kes Fistula in Ano.

Pembiusan spinal anestesia – saddle block merupakan satu daripada beberapa cabang penggunaan spinal anaesthesia dengan mengkhususkan pembiusan kepada bahagian punggung pesakit tanpa melibatkan pembiusan dibahagian anggota bawah yang lain.

Pembiusan ini dijalankan oleh Pakar Anestesia, Pegawai Perubatan Anestesia dan kakitangan dewan bedah tanpa sebarang komplikasi. Pembiusan bermula pada jam 10.02 pagi dan tamat pada jam 10.40 pagi dengan jayanya.

Prosedur ini merupakan kejayaan pertama Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif hosza dalam mempromosikan perkhidmatan pembiusan kepada masyarakat di negeri Terengganu.