Kuala Nerus | 26 Februari 2024
Unit Kualiti dan Piawaian hosza telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Incident Reporting di Auditorium Al-Zahrawi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah hosza. Turut hadir, YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Ahmad Shaiffudin bin Nik Him, Timbalan Pengarah (Klinikal), YM. Dr. Engku Narzini bt Raja Omar, Timbalan Pengarah (Sokongan), YBrs. Dr. Mohd Romzi bin Abd Rahman, Ketua Unit Kualiti dan Piawaian dan YM. Dr. Tengku Abdul Kadir bin Tengku Zainal Abidin, Timbalan Ketua Unit Kualiti dan Piawaian merangkap Pengarah Program Bengkel Pengenalan Incident Reporting.
Objektif bengkel diadakan untuk mengenal pasti kelemahan dan punca kejadian dalam penjagaan kesihatan pelanggan dan peranan setiap pelapor dalam melaksanakan tanggungjawab untuk melaporkan setiap insiden yang berlaku di hosza. Peserta bengkel terdiri daripada staf klinikal dan bukan klinikal hosza.
Slot pertama telah dikendalikan oleh YBrs. Dr. Fatim Zulaika binti Mohamed Ali, Timbalan Ketua Jabatan Peningkatan Kualiti dan Keselamatan Pesakit, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM dengan tajuk Pengenalan Malaysia Patient Safety Goal 2.0 diikuti dengan YBrs. Prof. Madya Dr. Julina @ Azimah binti Mohd Nor, Ketua Jabatan Peningkatan Kualiti dan Keselamatan Pesakit, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM dengan tajuk Pengenalan Incident Reporting.
Slot terakhir diteruskan oleh YBrs. Dr. Nik Azman bin Nik Adib, Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan tajuk Pengenalan Root Cause Analysis (RCA) & Multi Root Cause Analysis (MIRCA).
Pada sesi petang, para peserta didedahkan dengan sistem iAduan yang mana akan diguna pakai untuk melaporkan sebarang insiden di hosza. Disamping itu, para peserta juga diberi pendedahan oleh setiap Head of Incident Area (HOIA) untuk setiap Kategori Insiden di sistem iAduan.
Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan hosza dalam memastikan pelaporan inisden berjalan lancar.