HoSZA

KUNJUNGAN HORMAT HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (hosza) KE IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN TERENGGANU (IPK), POLIS DIRAJA MALAYSIA

IPK Kuala Terengganu | 14 Mac 2024

Delegasi Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin yang diketuai oleh YBrs. Encik Ahmad Termizi bin Ab. Aziz, Timbalan Pengarah (Pengurusan) telah mengadakan Kunjungan Hormat Ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK). Turut serta ialah Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Pakar Perubatan Kecemasan dan beberapa pegawai dari jabatan di hosza.

Kunjungan Hormat ini disambut oleh YDH. DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Polis Terengganu. Objektif utama kunjungan hormat ini adalah untuk membina jalinan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan Hospital Pengajar UniSZA di samping membincangkan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang akan dijalankan di antara kedua-dua pihak.

Ucapan perhargaan dan terima kasih kepada pihak PDRM yang sudi menerima kunjungan dari hosza. Semoga jalinan terus kekal utuh demi keselamatan dan kesihatan masyarakat.