Kuala Nerus | 5 Mac 2024
Seramai 92 peserta terdiri daripada kakitangan klinikal hosza, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan klinik-klinik swasta setempat telah menghadiri Bengkel Teknik Phlebotomi di Dewan Auditorium Al-Zahrawi dan Kompleks Ibnu Sina, hosza.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Wan Mohd Razin bin Wan Hassan Ketua Jabatan Perubatan Dalaman,hosza.
Objektif bengkel ini diadakan untuk memberi pengetahuan berkenaan sebab-sebab penolakan spesimen di makmal serta pembelajaran teknik pengambilan darah yang betul menggunakan kaedah vacutainer secara teori dan praktikal.
Semoga kursus ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi prosedur phlebotomi sekaligus menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan hosza.