Kuala Nerus | 7 MAC 2024
Jabatan Surgeri hosza telah menganjurkan Kursus Penjagaan Stoma 2024 dengan kerjasama Unit Terapi Enterostomal Hospital Universiti Sains Malaysia (UTE) yang bertempat di Bilik Seminar Kompleks Ibnu Sina, Aras 2 hosza.
Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memantapkan perkhidmatan perawatan kesihatan khususnya latihan klinikal pengjagaan stoma dan input terkini tentang stoma yang dapat dikongsi kepada pesakit. Kami turut merakamkan penghargaan kepada jemputan khas Unit Terapi Enterostomal dari Hospital Universiti Sains Malaysia (UTE).
Kursus ini melibatkan seramai 48 peserta yang terdiri daripada Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih dari hosza & HSNZ.
Akhir sekali, kami merakamkan jutaan terima kasih juga kepada penaja utama yang telah menyumbang bagi menjayakan kursus hari ini iaitu eprovider dan Hollister.