HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

CTG MASTERCLASS LABOUR & WARD MANAGEMENT ANJURAN JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI HoSZA

Kuala Nerus | 25 Mei 2024

Jabatan Obstetrik & Ginekologi HoSZA telah menganjurkan Bengkel CTG Masterclass Labour & Ward Management di Auditorium Al-Zahrawi hari ini.Program ini telah dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja Dato’ Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Seramai 180 orang peserta terdiri daripada pegawai perubatan dan jururawat telah menyertai bengkel ini. Penceramah jemputan ialah Prof. Dr. Imelda Balchin – Maternal Fetal Medicine Consultant KPJ Damansara Hospital , Dr. Carol Lim Kar Koong – MFM Consultant, Hospital Ampang , Dr. Malini bt Mat Napes – Reproductive Medicine Specialist HoSZA , Dr. NadzratulAiman Binti Wan Nordin – Senior Lecturer UiTM with special interest in MFM @ HASA UiTM dan Dr. Emily Christine D’Silva – Maternal Fetal Medicine Specialist Hospital Ampang.

Objektif program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran kakitangan kesihatan dalam menguruskan dan memberi rawatan kepada pesakit dengan lebih efisien khususnya di dewan bersalin.