18-19 Ogos 2023 | Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu
Sesi Runding Cara Permohonan Perjawatan Melalui ABM 2025 bagi Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Razi, HoSZA.
Delegasi Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi yang diketuai oleh Encik Mansor bin Ibrahim@ Abd. Hamid, Setiausaha Bahagian bersama Puan Fara Waheedah binti Ahmad, Cik Qurratuainie binti Mohd Zubir dan Encik Mohammed Fitri bin Ahmad Takri hadir bersama bagi menilai keperluan permohonan yang telah dibentangkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Selesai pembentangan, delegasi KPT telah melawat Wad Medikal Lelaki, Jabatan Perubatan Dalaman, Jabatan Oftalmologi, Jabatan Anaestesiologi & Rawatan Intensif, Jabatan Pengimejan Perubatan, Jabatan Kecemasan dan Trauma dan Jabatan Perubatan Rehabilitasi.
Pihak HoSZA merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pertimbangan yang diberikan oleh KPT bagi membantu usaha HoSZA dalam merealisasikan pengoperasian dan memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik buat rakyat negeri Terengganu.