6 Jun 2024 | Kuala Nerus
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental dengan kerjasama Persatuan Autisme Terengganu (PAUT) telah menganjurkan Program KPT Prihatin Madani – Caregivers of Children with Special Needs Workshop.
Bengkel dimulakan dengan ucaptama oleh Pengarah Hospital Sultan Zainal Abidin, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi Bin A. Latif disusuli dengan Early Childhood Development : What is typical? oleh Dr. Zaatil Iffah Binti Asmawi yang merupakan Pakar Pediatrik di Stepping Stones Child Specialist Clinic.
Bengkel diteruskan lagi dengan penyampaian topik Special needs Kids : sign and symptoms oleh Pensyarah Perubatan dan juga Pakar Psikiatri Hospital Sultan Zainal Abidin, Dr. Tengku Mohd Saifuddin Bin Tengku Kamarul Bahri. Slot yang terakhir disampaikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan, Jabatan Perubatan Rehabilitasi HoSZA, En. Muhammad Danial Bin Mohd Yasin yang bertajuk Empowering Caregiver Strength. Selain itu, dengan kerjasama Jabatan Perubatan Rehabilitasi, aktiviti-aktiviti khas juga dijalankan bersama anak-anak berkeperluan khas.
Bengkel yang melibatkan penyertaan para ibu bapa dan penjaga anak-anak berkeperluan khas ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman, meningkatkan pengetahuan dan menjadi platform informasi tentang rawatan dan penjagaan bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ahli perawat bagi kanak-kanak berkeperluan khas, Persatuan Autisme Terengganu (PAUT)dan ibubapa serta penjaga. Bengkel ini merupakan sebuah wadah bagi menyampaikan pengetahuan kepada komuniti yang bersasar.