Kuala Nerus | 9 & 10 Julai 2024
Jabatan Perubatan Dalaman, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dengan kerjasama Jabatan Nefrologi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah menganjurkan Kursus Nefrologi Terengganu 2024 bertempat di Auditorium Al-Zahrawi dan Kompleks Ibnu Sina HoSZA.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah HoSZA. Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Zaiha binti Harun, selaku Ketua Jabatan Nefrologi HSNZ, YBrs. Dr. Wan Mohd Razin bin Wan Hassan selaku Ketua Jabatan Jabatan Perubatan Dalaman HoSZA, dan Dr. Nurul Ain binti Yusof, Dr. Khairil Najmi bin Alias wakil Pakar Nefrologi dari HSNZ.
Objektif bengkel adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang saringan dan rawatan awal pesakit kronik buah pinggang, rawatan pesakit kronik buah pinggang tahap akhir, dan memberikan pendedahan tentang indikasi perubatan paliatif dalam pengurusan pesakit buah pinggang dan non dialysis therapy.
Penceramah jemputan pada hari pertama ialah Dr Rohaiza binti Abd Kadir (Consultant FMS), Prof Madya Dr. Nurulhuda binti Mat Hassan (Family Medicine Specialist UniSZA), Dr Al.Mizan bin Mustapa@Ab Rahim (Physician HoSZA), Dr Nurul Ain binti Yusof (Consultant Nephrologist HSNZ), YM Tengku Izzati binti Tg Abd Kadir ( Renal Pharmacist HSNZ) , Dr Khairil Najmi bin Alias (Nephrology Trainee HSNZ), Dr Tengku Hasnita binti Tengku Husain (Paediatrician HSNZ), Puan Asyurahmah binti Abdul Rahman ( Renal Dietitian HSNZ), Dato’ Dr Zaiha binti Harun (Senior Consultant Nephrologist HSNZ).
Pada hari ke-2, slot penceramah jemputan diserikan lagi dengan kehadiran penceramah yang merupakan pempengaruh media sosial, YBrs. Dr. Rafidah binti Abdullah, Pakar Perunding Nefrologi dari Hospital Putrajaya.
Selain itu, turut memberikan ceramah ialah Dr Fakhriah binti Abu Bakar ( Palliative Physician HSNZ), Dr Lim Kah Yen ( Palliative Physician HSNZ), dan Dr Norhana binti Yazid ( HOSPICE Terengganu).
Seramai 97 peserta dari pelbagai agensi seperti Hospital Pulau Pinang, Hospital Kajang, Hospital Kuala Krai dan hospital daerah seluruh Terengganu.
Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam memberikan pengetahuan tentang rawatan pesakit kronik buah pinggang tahap akhir sekaligus menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit khususnya di HoSZA.