HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

KURSUS KAWALAN DAN PENCEGAHAN JANGKITAN BAGI ANGGOTA KESIHATAN

Kuala Nerus | 14 Julai 2024

Unit Kawalan Infeksi, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dengan kerjasama Infection Control Association Malaysia (ICAM) telah menganjurkan Kursus Kawalan dan Pencegahan Jangkitan bagi Anggota Kesihatan 2024 bertempat di Auditorium Al-Zahrawi, HoSZA.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif, Pengarah HoSZA. Turut hadir, YBrs. Dr. Wan Mohd Razin bin Wan Hassan, Ketua Jabatan Perubatan Dalaman HoSZA serta Pengerusi Jawatankuasa Kawalan Infeksi HoSZA dan Puan Rathiyah binti Ahmad.Vice President ICAM.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi kesedaran serta pencegahan kepada anggota kesihatan dalam mengawal dan mengurangkan kes Healthcare Associated Infection (HCAI) di HoSZA.

Penceramah jemputan pada hari ini ialah To’Puan Dr Fatimah Haslina binti Abdullah, Pakar Microbiologist ( HSNZ) dan Puan Rathiyah binti Ahmad (ICAM).

Seramai 143 peserta yang hadir terdiri daripada Ketua Jabatan, Pakar-Pakar, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Pegawai Sains, Jururawat, Juru X-ray,Pegawai Dietetik, Jurupulih Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Pembantu Perawatan Kesihatan serta Kakitangan Sokongan Hospital (Radicare).

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dan amalan yang terbaik dalam mencegah transmisi penyakit berjangkit dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit khususnya di HoSZA.