HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE)

24 Julai 2025 – Dungun: Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan, Hospital Sultan Zainal Abidin HoSZA dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Terengganu 5PMCT telah berlangsung dengan jayanya di Dewan PPD Dungun, Terengganu.

Seramai 92 orang peserta warga emas telah menjalani pemeriksaan kesihatan warga emas komprehensif I-COPE yang melibatkan pemeriksaan fizikal, nutrisi, mobiliti, mental, kognitif, penglihatan dan pendengaran. Peserta yang perlu perhatian doktor pakar juga telah dibuat rujukan ke hospital berdekatan dan ada yang dirujuk ke HoSZA.

Ceramah kesihatan warga emas juga telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Aniza binti Ab Aziz, Pengerusi Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan UniSZA.

Program kali ini telah mendapat kerjasama Persatuan 5PMCT cawangan Dungun yang diketuai oleh Cikgu Haji Fazdlan yang menyediakan tempat dewan yang selesa dengan peralatan yang lengkap.

Turut hadir adalah Dr Najayati binti Omar dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Dr Zaleha binti Jusoh, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Batu Rakit yang turut membawa pasukan kesihatan KKM yang telah memberikan 20 suntikan vaksin influenza kepada peserta.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Pengarah HoSZA dan kakitangan HoSZA dan Fakulti Perubatan yang terlibat dalam program kali ini.

Semoga program kali ini memberikan manfaat besar buat warga emas bagi memastikan PENUAAN SEJAHTERA DI KOMUNITI dapat direalisasikan.