HoSZA

Kursus Basic Life Support (BLS) Siri 5/2025 HoSZA

Kursus Basic Life Support (BLS) Siri 5/2025 anjuran Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran dengan kerjasama Jabatan Kecemasan dan Trauma HoSZA telah berjaya dilaksanakan pada 15 Disember 2025 (Isnin) bertempat di Kompleks Ibnu Sina, Aras 2, HoSZA.

Kursus ini merupakan inisiatif berterusan bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran asas bantuan kecemasan dalam kalangan warga kerja hospital, sejajar dengan keperluan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang efisien dan selamat.

Penyertaan terdiri daripada staf klinikal dan bukan klinikal daripada pelbagai jabatan, yang menunjukkan komitmen tinggi dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Latihan hands-on dan simulasi telah dijalankan bagi memastikan peserta benar-benar memahami dan mampu melaksanakan teknik asas menyelamatkan nyawa dengan betul dan pantas.