HoSZA

JABATAN ORTOPEDIK

Jabatan Ortopedik merupakan salah sebuah jabatan di bawah organisasi perkhidmatan klinikal yang terletak di aras 2 Hospital Sultan Zainal Abidin. Jabatan Ortopedik dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti Timbalan Pengarah (Klinikal) dan diketuai oleh Ketua Jabatan Ortopedik. Jabatan Ortopedik menjalankan fungsi – fungsinya merangkumi perkhidmatan seperti:

  1. Perkhidmatan Pesakit Luar

  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam

  3. Perkhidmatan Pembedahan Elektif & Kecemasan

Jabatan Ortopedik menawarkan perkhidmatan perundingan dan rawatan komprehensif bagi masalah-masalah sistem muskuloskeletal untuk penduduk di negeri Terengganu dan kawasan di sekitarnya serta menerima rujukan daripada mana-mana hospital dan klinik kerajaan dan swasta. Kakitangan yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan ini terdiri daripada Pakar Perunding, Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan, Fisioterapi dan Terapi Cara Kerja. 

Jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan sub-kepakaran seperti dalam unit – unit dibawah:

  1. Ortopedik AM ( General Orthopaedic Surgery )

  2. Onkologi Muskuloskeletal dan Rekonstruksi ( Musculoskeletal Oncology and  Reconstruction )

  3. Pembedahan Mikro dan Tangan ( Hand and Microsurgery Unit )
     
  4. Ortopedik Pediatrik ( Paediatric Orthopaedic Unit )

  5. Artroplasti dan Rekonstruksi ( Arthroplasty and Joint Reconstruction Unit )
     
  6. Pembedahan Kaki dan Buku Lali ( Foot and Ankle Unit )

  7. Kecederaan Sukan dan Artroskopi  ( Arthroscopy and Sport Surgery Unit )
     
  8. Perubatan Sukan dan Rehabilitasi (Sports Medicine and Rehabilitation Unit

  9. Spinal  (Spine Unit )

  10. Trauma Advan dan Rekonstruksi ( Advance Trauma and Reconstruction Unit )

Tanggungjawab utama Jabatan Ortopedik  adalah memberi perkhidmatan dalam dan luar, menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berterusan, memperbaiki mutu perkhidmatan hospital dari semasa ke semasa serta memantapkan produktiviti dan menjamin nilai-nilai budaya kerja yang baik.