Jabatan Ortopedik merupakan salah sebuah jabatan di bawah organisasi perkhidmatan klinikal yang terletak di aras 2 Hospital Sultan Zainal Abidin. Jabatan Ortopedik dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti Timbalan Pengarah (Klinikal) dan diketuai oleh Ketua Jabatan Ortopedik. Jabatan Ortopedik menjalankan fungsi – fungsinya merangkumi perkhidmatan seperti:
Jabatan Ortopedik menawarkan perkhidmatan perundingan dan rawatan komprehensif bagi masalah-masalah sistem muskuloskeletal untuk penduduk di negeri Terengganu dan kawasan di sekitarnya serta menerima rujukan daripada mana-mana hospital dan klinik kerajaan dan swasta. Kakitangan yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan ini terdiri daripada Pakar Perunding, Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan, Fisioterapi dan Terapi Cara Kerja.
Jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan sub-kepakaran seperti dalam unit – unit dibawah:
Tanggungjawab utama Jabatan Ortopedik adalah memberi perkhidmatan dalam dan luar, menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berterusan, memperbaiki mutu perkhidmatan hospital dari semasa ke semasa serta memantapkan produktiviti dan menjamin nilai-nilai budaya kerja yang baik.