Jabatan Pengimejan Perubatan (JPP) merupakan salah sebuah jabatan klinikal yang menyediakan perkhidmatan diagnostik di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA). Jabatan in terletak di aras satu di HoSZA. Jabatan Pengimejan Perubatan dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti Timbalan Pengarah (Klinikal) dan diketuai oleh Pegawai Tadbir. Tanggungjawab utama JPP adalah berperanan penting dalam memberikan perkhidmatan diagnostik dan teraputik kepada semua pesakit dan juga rujukan dari fasiliti kesihatan kerajaan yang lain. Perkhidmatan yang disediakan adalah merangkumi perkhidmatan radiografi am dan radiografi khusus di samping mengamalkan perlindungan radiasi berdasarkan Prinsip ALARA (As Low As Reasonably Achievable) kepada pelanggan dan kakitangan. JPP dilengkapi dengan Sistem Maklumat Radiologi (RIS) dan Picture Archiving and Communication System (PACS) yang berintegrasi sepenuhnya dengan Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (THIS) Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) bagi melancarkan lagi aliran kerja supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan efisien.
VISI
Peneraju kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan pengimejan perubatan untuk pembangunan ummah.
MISI
OBJEKTIF
Pemeriksaan Radiologi | Masa Diambil |
Radiografi Am | 60 Minit |
Ultrasound | 60 Minit |
CT Scan | 60 Minit |
Mamogram | 60 Minit |
Mamogram + Ultrasound Tambahan | 90 Minit |
MRI | 110 Minit |
Pesakit Dalam / Kecemasan | Ahad – Sabtu | 24 Jam |
Pesakit Luar | Ahad – Rabu | 8:00 pg – 1:00 ptg 2:00 pg – 4:45 ptg |
Khamis | 8:00 pg – 1:00 ptg 2:00 pg – 4:30 ptg | |
Hujung Minggu / Cuti Umum | Tutup |