HoSZA

UNIT KAWALAN INFEKSI

Unit Kawalan Infeksi merupakan salah satu unit di bawah Direktorat Perubatan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) yang bertanggungjawab dalam memastikan kualiti perawatan terbaik bagi pesakit. Unit ini dikendalikan oleh Ketua Jabatan Perubatan Dalaman, Dr. Wan Mohd Razin bin Wan Hassan, yang bertanggungjawab terhadap perancangan aktiviti kawalan infeksi di HoSZA. Pasukan unit ini terdiri daripada seorang Pegawai Jururawat, Ketua Jururawat, dan seorang Jururawat Kawalan Infeksi.

Unit Kawalan Infeksi memainkan peranan penting dalam memastikan setiap anggota kesihatan mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan infeksi bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit serta memastikan tahap penjagaan pesakit yang optimum. Unit ini juga berfungsi untuk memantau aktiviti klinikal dalam usaha mengurangkan Healthcare-Associated Infections (HCAI) ke tahap minimum dengan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kawalan infeksi dalam kalangan anggota kesihatan.

HoSZA mempunyai kapasiti 200 katil hospital, dengan nisbah Jururawat Kawalan Infeksi kepada katil sebanyak 1:110

VISI
Mewujudkan Unit Kawalan Infeksi yang efektif dalam pencegahan dan pengawalan jangkitan Healthcare-Associated Infections (HCAI) serta Alert Organisms di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dengan mengaplikasikan piawaian kawalan infeksi terkini.

MISI

  1. Memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada anggota kesihatan dan pelanggan melalui langkah-langkah pencegahan serta pengawalan infeksi.
  2. Menyediakan nasihat dan pendidikan bagi memastikan setiap kakitangan di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) memahami serta melaksanakan Program Kawalan Infeksi di jabatan dan unit masing-masing, dengan matlamat mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, dan bebas daripada infeksi.
  1. Pelanggan berhak mendapatkan perkhidmatan kesihatan serta persekitaran yang selamat, bersih, selesa, dan bebas daripada risiko infeksi.
  2. Pelanggan berhak menerima maklumat yang jelas dan tepat mengenai prosedur kawalan jangkitan, termasuk penjelasan tentang langkah pencegahan jangkitan serta apa yang boleh dijangkakan oleh pesakit dan keluarga mereka semasa berada di hospital.
  3. Pelanggan berhak mendapat perlindungan maksimum daripada risiko jangkitan nosokomial, iaitu jangkitan yang diperoleh daripada persekitaran hospital atau kemudahan kesihatan.

BIL
NAMA
JAWATAN
EMEL
1
CHE KU MOHD ROZAIRIE BIN CHE KU RAHIM
KETUA JURURAWAT U6
chekurozairie@unisza.edu.my
2
SITI NURSYAHIDAH BINTI MOHD ANUAR
JURURAWAT U5
syahidahanuar@unisza.edu.my