Jabatan Kewangan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) adalah merupakan satu jabatan yang diletakkan dibawah Direktorat Pengurusan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan HoSZA. Jabatan Kewangan HoSZA adalah terdiri dari 2 Bahagian utama iaitu Bahagian Pengurusan Kewangan dan Bahagian Terimaan & Hasil.
Jabatan Kewangan adalah merupakan nadi utama sesebuah Jabatan di mana semua urusan berkaitan kewangan Jabatan akan diuruskan oleh Jabatan ini. Jabatan Kewangan diuruskan oleh 37 orang staf yang diketuai oleh Satu (1) orang Pegawai Kewangan Gred WA12, Satu(1) orang Pegawai Tadbir N9, Lima(5)orang Akauntan Gred WA9, satu (1) orang Penolong Akauntan Gred W6, Enam(6) orang Penolong Akauntan Gred W5, Satu (1) orang Penolong Pegawai Tadbir N5, Dua puluh satu (21) orang Pembantu Tadbir Gred N1 dan satu(1) orang Pembantu khidmat Am Gred H1.
Antara skop perkhidmatan Jabatan Kewangan merangkumi penyediaan gaji, bayaran semua tuntutan perjalanan, elaun-elaun, menguruskan semua pembelian terus, menguruskan permohonan pengeluaran Pesanan Tempatan bagi pembelian, menguruskan penawaran tender, menguruskan pengagihan bajet, menguruskan pendaftaran Pesakit Luar & Pesakit Dalam, membuat kutipan hasil dan tunggakan hasil, mengurus & memantau pengurusan aset proses penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penarafan, penyelenggaraan, pemulihan, ubahsuai, naik taraf pindahan, pelupusan, kehilangan, dan hapuskira di HoSZA serta penyediaan segala laporan berkaitan kewangan.
1) Pengurusan Governan
2) Pengurusan Akaun & Amanah
3) Pengurusan Bajet & Kewangan Am
4) Pengurusan Pembayaran
5) Pengurusan Perolehan
6) Pengurusan Aset Dan Inventori
7) Pengurusan Kewangan Staff
8) Pengurusan Penjanaan Hasil
9) Pengurusan Terimaan Hasil Pesakit & Kawalan Kredit.
10) Pendaftaran & Kemasukan Pesakit