HoSZA

UNIT PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Hospital Sultan Zainal Abidin (PWB HoSZA) merupakan salah satu cawangan di bawah Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Universiti Sultan Zainal Abidin. Di HoSZA, PWB HoSZA berada di bawah seliaan Direktorat Pengurusan HoSZA. Perpustakaan ini terletak di Aras 6, bersebelahan Wad Diraja. Fungsi utama perpustakaan ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan sumber maklumat yang terkini dan komprehensif dalam bidang perubatan klinikal, separa klinikal, sokongan klinikal, penjagaan kesihatan serta penyelidikan. Perkhidmatan ini menyokong pembelajaran berterusan bukan sahaja kepada warga hospital, malah juga kepada Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi serta Pusat Asasi Sains Perubatan UniSZA.

PWB HoSZA turut menyediakan perkhidmatan carian maklumat, penyebaran maklumat terpilih, sirkulasi, rujukan serta pinjaman antara perpustakaan. Warga hospital dan fakulti boleh mendapatkan maklumat berkaitan bahan perpustakaan melalui perkhidmatan portal PWB di
https://perpustakaan.unisza.edu.my/index.php?lang=en

VISI
Menjadi pusat sumber akademik berasaskan teknologi yang cemerlang.

MISI
Menyediakan maklumat serta kemudahan terkini bagi menyokong pengajaran, pembelajaran dan pembangunan penyelidikan ke arah kecemerlangan akademik.

OBJEKTIF

  • Menjadi pusat rujukan dan sumber maklumat untuk universiti.
  • Memperoleh dan membangunkan koleksi perpustakaan yang berkualiti selaras dengan keperluan akademik dan penyelidikan, pada masa kini dan akan datang, dalam pelbagai bentuk.
  • Mewujudkan pasukan pengurusan perpustakaan yang berkelayakan, kompeten, komited serta peka terhadap misi dan visi universiti, di samping meningkatkan imej perpustakaan di mata umum.
  • Pendaftaran Keahlian
  • Perkhidmatan Sirkulasi
  • Program Nasihat Pembaca
  • Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan
  • Perkhidmatan Makluman Terkini
  • Perkhidmatan Bilik Perbincangan
  • OPAC/ WebOPAC
  • Sumber Elektronik
  • Mesin Layan Diri Pinjaman dan Pemulangan Buku
  • Ruang Bacaan / Ruang Terbuka
  • Zon Komputer
  • Perkhidmatan Internet / WiFi
  • Loker
  • Perkhidmatan Lain (Fotokopi / Percetakan / Imbasan)

Waktu Operasi:

Ahad – Rabu
8:30 pagi – 4:30 petang
Khamis
8:30 pagi – 4:15 petang
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum
Tutup

NO
NAME
DESIGNATION
EMAIL
1
MOHD SABRI BIN MUDA
ASSISTANT CHIEF LIBRARIAN (S48)
mohdsabri@unisza.edu.my
2
MUHAMMAD AKMAL BIN AZHAR
LIBRARIAN (S41)
akmalazhar@unisza.edu.my
3
ABDUL AZIM BIN MUKHZAM
ASSISTANT LIBRARIAN (S22)
abdulazim@unisza.edu.my