HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

PERKHIDMATAN HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN

PERKHIDMATAN KLINIKAL KOMPREHENSIF

PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) menyediakan perkhidmatan pesakit dalam yang komprehensif dan berkualiti tinggi, merangkumi rawatan perubatan, pembedahan serta penjagaan rapi yang disokong oleh pasukan profesional dan kemudahan moden.

WAD PESAKIT DALAM
HoSZA menyediakan pelbagai wad khusus bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pesakit sepanjang tempoh rawatan, antaranya:

  • Wad Perubatan Lelaki

  • Wad Perubatan Wanita

  • Wad Surgeri Lelaki

  • Wad Surgeri Wanita

  • Wad Obstetrik & Ginekologi

  • Wad Pediatrik

Setiap wad dikendalikan oleh pasukan perubatan dan kejururawatan terlatih dengan pemantauan berterusan bagi memastikan rawatan yang selamat dan berkesan.

KOMPLEKS RAWATAN INTENSIF (ICU)
Kompleks Rawatan Intensif HoSZA menyediakan rawatan rapi kepada pesakit dalam keadaan kritikal yang memerlukan pemantauan dan sokongan berterusan. Kemudahan ini dilengkapi dengan:

  • Sistem pemantauan pesakit secara berterusan

  • Sistem resusitasi dan sokongan hayat

  • Pengurusan pernafasan termasuk penggunaan ventilator

  • Pengurusan cecair dan rawatan intensif

  • Sokongan kemudahan diagnostik

DEWAN BEDAH
HoSZA mempunyai 12 Dewan Bedah yang dilengkapi dengan kemudahan moden bagi menjalankan pelbagai prosedur pembedahan. Antara kemudahan yang disediakan termasuk:

  • Sistem pemantauan pesakit

  • Sistem resusitasi dan sokongan hayat

  • Peralatan anestesia dan ventilator

  • Kemudahan radiologi intraoperatif

  • Peralatan pembedahan dan terapeutik

  • Sistem pengurusan cecair

RAWATAN HARIAN (DAYCARE) SURGERI & ENDOSKOPI
Perkhidmatan Rawatan Harian HoSZA menyediakan prosedur pembedahan ringan dan endoskopi tanpa memerlukan kemasukan wad. Perkhidmatan ini disokong oleh:

  • Peralatan diagnostik

  • Sistem pemantauan pesakit

  • Kemudahan prosedur surgeri dan endoskopi

  • Pasukan perubatan dan kejururawatan yang berpengalaman

Perkhidmatan ini bertujuan memberi rawatan yang cekap, selamat dan selesa kepada pesakit dengan tempoh pemulihan yang singkat.

PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK

PENGIMEJAN PERUBATAN

  • X-RAY

  • CT SCAN

  • MRI

  • MAMMOGRAPHY

  • FLUROGRAPHY

  • ULTRASOUND

PATOLOGI DAN MAKMAL PERUBATAN

  • PATOLOGI KIMIA

    • Ujian rutin (biokimia) seperti ujian fungsi hati, fungsi buah pinggang, profil lipid dan glukosa.

  • HEMATOLOGI

    • Ujian bagi penyiasatan penyakit yang berkaitan dengan darah seperti FBC, FBP, BMA dan analisa hemoglobin.

  • MIKROBOLOGI

    • Ujian pengesanan kehadiran mikroorganisma penyebab jangkitan melalui kaedah:

      – Mikroskopi

      – Kultur dan sensitiviti

      – Serologi

  • PATOLOGI ANATOMI

    • Kajian ke atas tisu dan sel pesakit terutama bagi kes ketumbuhan dan pengesanan kanser melalui seksyen hispatologi dan sitopatologi.

  • MOLEKULAR DAN SITOGENETIK

    • Ujian pengesan jangkitan dan penyakit genetik melalui kaedah:

      – molekular (kenalpasti asid nukleik mikroorganisma)

      – kajian genetik (kelainan kromosom)

  • PERKHIDMATAN TRANSFUSI

    • Ujian kumpulan darah

    • Ujian immunohematologi

    • Pembekalan darah dan komponen darah