HoSZA

HOSPITAL SULTAN ZAINAL ABIDIN (HoSZA)

PERKHIDMATAN PINJAMAN KERUSI RODA

Perkhidmatan Pinjaman Kerusi Roda HoSZA merupakan satu inisiatif HoSZA dalam membantu pelanggan/pesakit yang sedang menerima rawatan dan memerlukan perkhidmatan Pinjaman Kerusi Roda Secara Sementara/Harian.

 

Waktu Pinjaman & Pemulangan Semula
Hari : Ahad-Khamis
Waktu Pinjaman : 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Waktu Pemulangan : 4.30 petang

Polisi Penggunaan Perkhidmatan Kerusi Roda Di HoSZA
Perkhidmatan kerusi roda ini disediakan untuk kegunaan pelanggan / pesakit yang mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di HoSZA SAHAJA.

  • Kerusi roda hanya dibenarkan untuk kegunaan di dalam kawasan HoSZA. Pelanggan/pesakit tidak dibenarkan untuk membawa pulang atau keluar kerusi roda dari kawasan HoSZA.

  • Pelanggan/pesakit perlu menyerahkan dokumen pengenalan diri pada petugas kaunter untuk meminjam kerusi roda. Kerusi roda akan diserahkan kepada pelanggan/pesakit setelah petugas kaunter merekodkan maklumat diri pelanggan/pesakit di dalam rekod pinjaman kerusi roda.

  • Waris atau penjaga yang mengiringi pelanggan/pesakit perlu bertanggungjawab ke atas pelanggan/pesakit sekiranya berlaku kemalangan semasa menggunakan kerusi roda.

  • Pelanggan/pesakit yang datang tanpa ditemani oleh waris atau penjaga akan dibantu oleh kakitangan (Kaunter Khidmat Pelanggan) Lobi Utama, HoSZA untuk dibawa ke klinik pakar/wad dan Pusat Jagaan Harian.

  • Pelanggan/pesakit dikehendaki memulangkan kerusi roda ke Kaunter Khidmat Pelanggan sebelum jam 4.30petang. Sekiranya pelanggan/pesakit tidak dapat memulangkan sebelum jam 4.30petang, minta maklumkan kepada kepada kakitangan Kaunter Khidmat Pelanggan dengan kadar segara di talian 09- 665 5555.

Borang Permohonan
Sebarang permohonan pinjaman kerusi roda HoSZA hendaklah diisi menerusi pautan dibawah. Sekiranya terdapat pertanyaan, sila rujuk ke kaunter khidmat pelanggan Lobi Utama HoSZA.

>> (KLIK SINI) BORANG PERMOHONAN PINJAMAN KERUSI RODA