Pesakit hendaklah hadir terus ke Klinik Pakar Pesakit Luar dengan membawa Surat Rujukan. Pendaftaran pesakit akan dilakukan di Kaunter Pendaftaran Klinik Pakar HoSZA sebelum tarikh janji temu diberikan bagi tujuan berjumpa pakar.
Caj Pendaftaran Baru bagi Klinik Pesakit Luar adalah RM15.00 dan Caj Pendaftaran Susulan adalah RM5.00 sahaja. Bagi Pesakit bukn warganegara, caj sekali ganda akan dikenakan daripada caj pesakit warganegara.
Surat pengesahan (GL), Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah dan lain-lain berkaitan.
Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi kakitangan unit kebajikan sosial yang akan menasihati anda tentang pelbagai pilihan yang disediakan. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) HoSZA di talian 09-665 5555 Samb 2021.
Bagi semua kes : ianya adalah percuma bagi mereka yang mempunyai Kad OKU, Pemegang kad bantuan Kebajikan Masyarakat/ MAIK, Pelajar sekolah, Kakitangan Kerajaan.
Sila bawa kad pengenalan diri bersama surat rujukan.
Klinik Kardio, Diabetic dan Nefro.
Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)