Skip to main content

HoSZA

JABATAN BEKALAN BAHAN STERIL

Jabatan Bekalan Bahan Steril (CSSD) merupakan salah sebuah jabatan di bawah organisasi perkhidmatan sokongan klinikal hospital. Unit ini terletak di aras 3 Hospital Pengajar Unisza. Jabatan Bekalan Bahan Steril dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti Timbalan Pengarah (Sokongan) dan diketuai oleh Pegawai Jururawat U9.

CSSD bertanggungjawab dalam menerima, mencuci, membungkus, melabel dan mensteril peralatan dan bahan-bahan lain untuk kegunaan semua unit dan jabatan di hospital. Jabatan ini juga membekal peralatan steril termasuk soft dressing dan linen untuk kegunaan semua unit dan wad. CSSD juga bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan alatan steril bagi menjamin kesejahteraan pesakit, pelanggan dan juga membantu perkhidmatan kesihatan tertiari untuk kelestarian manusia. 

Selain itu, CSSD komited dalam memastikan peralatan yang dibekalkan sentiasa melalui proses pensterilan sebelum pengedaran atau pengeluaran bagi mengawal jangkitan.