Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) yang terletak di aras satu (1), bersebelahan dengan Farmasi Pesakit Dalam merupakan salah satu jabatan yang penting dalam pengurusan pesakit di bawah Direktorat Sokongan (Klinikal) di HoSZA, yang mana jabatan ini turut menerapkan konsep mesra syariah dalam pengoperasiannya. Jabatan ini terdiri daripada pensyarah kanan, pensyarah, pegawai dietetik, dan penolong pegawai penyediaan makanan dalam pelbagai bidang kepakaran, penyelidikan, dan sokongan yang berkaitan dengan dietetik dan perkhidmatan makanan.
Jabatan ini memberi perkhidmatan penjagaan pemakanan pesakit bagi semua disiplin perubatan melalui Terapi Pemakanan Perubatan atau Medical Nutrition Therapy (MNT) yang melibatkan rundingcara dan perancangan pemakanan pesakit serta penyediaan makanan kepada pesakit di dalam hospital dan staf yang layak.
Perkhidmatan MNT dijalankan pada setiap hari bekerja sepanjang tahun. Bagi kes pesakit dalam yang dirujuk, perkhidmatan diberikan di wad berkenaan, manakala bagi kes pesakit luar pula, ia dijalankan di Klinik Dietetik yang beroperasi di Klinik Perubatan Am atau turut dikenali sebagai General Medical Clinic (GMC) yang terletak di aras dua (2) HoSZA melalui kaedah temujanji. Selain itu, JDS juga mengendalikan pengurusan dan pemberian produk enteral kepada pesakit dalam yang memerlukan berdasarkan MNT, termasuk susu formula kepada bayi dan kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Perkhidmatan penyediaan makanan yang halal dan toyyib (baik) pula dikendalikan oleh syarikat outsource yang dilantik dan dipantau oleh HoSZA melalui JDS. Makanan yang halal bermula daripada pembelian bahan makanan yang halal sehinggalah kepada proses pra-penyediaan dan penyediaan makanan. Toyyib (baik) pula bermula dari proses pembelian dan pra-penyediaan bahan makanan, serta penyediaan makanan yang toyyib (baik) yang mana bahan makanan atau makanan tersebut adalah selamat, sihat dan seimbang. Penyediaan makanan disediakan setiap hari sepanjang tahun, meliputi semua pesakit di dalam wad, sama ada yang mengambil diet normal atau terapeutik, melalui sistem pengagihan makanan secara berpusat (centralized) di dapur JDS.
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
EMEL |
1 |
DR. MOHD IBRAHIM BIN ABDULLAH |
KETUA JABATAN |
ibrahimabdullah@unisza.edu.my |
2 |
PROF. DR. SAKINAH BT HARITH |
PENSYARAH UNIVERSITI GRED KHAS C (PROFESOR) |
sakinahharith@unisza.edu.my |
3 |
PROF. MADYA DR. ARYATI BT AHMAD |
Pengarah CLMC DS14 |
aryatiahmad@unisza.edu.my |
4 |
DR. CHE SUHAILI BT CHE TAHA |
PENSYARAH UNIVERSITI DS13 |
chesuhaili@unisza.edu.my |
5 |
PN KARIMAH
FAKHRIAH BT ISMAIL |
PENSYARAH UNIVERSITI
DS11 |
karimahismail@unisza.edu.my |
6 |
CIK. CHIN YI
YING |
PENSYARAH UNIVERSITI
DS11 |
chinyiying@unisza.edu.my |
7 |
PN. NIK AINA
ASYARAH BT HAJI NIK ABDUL GHANI |
PEGAWAI DIETETIK U10
(FAKULTI) |
ainaasyarah@unisza.edu.my |
8 |
CIK. NUR AIN
FATINAH BT ABU BAKAR |
PEGAWAI DIETETIK U10
(FAKULTI) |
nurainfatinah@unisza.edu.my |
9 |
CIK. MARIAH BT
ABD GHAFFAR |
PEGAWAI DIETETIK U9
(FAKULTI) |
mariahabdghaffar@unisza.edu.my |
10 |
CIK. NURUL
ZAHIDAH BT MUHAMMAD |
PEGAWAI DIETETIK U9
(FAKULTI) |
nurulzahidah@unisza.edu.my |
11 |
PN. AMIRA
NADIAH BT ABU BAKAR |
PEGAWAI DIETETIK U9
(FAKULTI) |
amiranadiah@unisza.edu.my |
12 |
CIK NOR’AIN BT
SHAARI |
PEGAWAI DIETETIK U9
(FAKULTI) |
norainshaari@unisza.edu.my |
13 |
CIK FATIN ARIRA BT
AHMAD TARMIZI |
PEGAWAI DIETETIK U9
(FAKULTI) |
fatinarira@unisza.edu.my |
14 |
EN. MUHAMMAD
KHAIRUL AZHAR BIN BERAHIM |
PEGAWAI DIETETIK U9
(FAKULTI) |
khairulazhar@unisza.edu.my |
15 |
PN. NOOR
ANISAH BT MUHAMAD
ZULKFLEE |
PEGAWAI DIETETIK U9 |
nanisahzulkflee@unisza.edu.my |
16 |
CIK SYAZWANIZA
BT MAT ZAKI |
PENOLONG PEGAWAI
PENYEDIAAN MAKANAN C5 |
syazwanizazaki@unisza.edu.my |
17 |
EN. MUHAMMAD
ZAFRAN HAFIZ BIN EZANI |
PENOLONG PEGAWAI
PENYEDIAAN MAKANAN C5 |
zafranezani@unisza.edu.my |