HoSZA

JABATAN KEJURURAWATAN

Jabatan Kejururawatan merupakan sebahagian dari pengurusan professional di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan bertanggungjawab kepada pihak pengurusan hospital melalui Ketua Jabatan Kejururawatan (KJK) atau Chief Nursing Officer (CNO). Selaras dengan Polisi Hospital, Jabatan Kejururawatan mempunyai tujuan, visi dan objektifnya yang tersendiri.

Jabatan Kejururawatan terletak di Kompleks Pentadbiran Tingkat 4 bangunan hospital dan bersebelahan dengan Jabatan Sumber Manusia dan Jabatan Kewangan.