Jabatan Pendidikan Perubatan dan Sains Kesihatan di peringkat Hospital Universiti ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan klinikal, peperiksaan klinikal, pemerkasaan pembelajaran melalui simulasi teknologi klinikal, latihan akademik klinikal yang komprehensif serta penyelidikan berkaitan pendidikan perubatan dan kesihatan di kalangan staf dan menjadi salah satu fasiliti iaitu wad isolasi apabila berlaku bencana seperti virus covid-19.
Kesemua aktiviti ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara khususnya kepada warga unisza.
Aktiviti ini juga adalah bertepatan dengan misi UniSZA iaitu ‘Membentuk insan holistik menerusi pendidikan cemerlang dan penyelidikan berimpak tinggi berasaskan pengalaman pintar untuk melestarikan masyarakat’ dan motto UniSZA iaitu ‘ilmu demi faedah insan’. Ianya juga dapat membantu Hospital Sultan Zainal Abidin dalam menyediakan ruang dan tempat (wad isolasi) apabila berlaku bencana di dalam hospital.
Aktiviti ini juga turut dirancang secara komprehensif bagi menjadikan HoSZA sebagai sebuah hospital yang mampu menyediakan kemudahan latihan pengajaran klinikal dan menjadi tempat apabila berlaku bencana yang dapat menyumbang ke arah menghasilkan graduan dan pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan serta penempatan wad isolasi yang lengkap. Ini adalah bertepatan dengan aspirasi negara dalam menghasilkan graduan dan pakar yang mampu memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti, mampan dan berdaya tahan dan juga menyedikan fasiliti yang baik kepada HoSZA.
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
EMEL |
1 |
DR. YASRUL IZAD BIN ABU BAKAR |
PENSYARAH PERUBATAN DU13 |
yasrulizadh@unisza.edu.my |
2 |
DR. SALAMI BIN IBRAHIM |
PENSYARAH PERUBATAN DU13 |
salamiibrahim@unisza.edu.my |
3 |
HAFZAN BINTI MOHAMAD |
PEGAWAI SAINS C9 |
hafzanmhd@unisza.edu.my |