HoSZA

JABATAN REKOD PERUBATAN

Jabatan Rekod Perubatan (JRP) merupakan salah satu jabatan di bawah Direktorat Sokongan Bukan Klinikal yang terdiri daripada Unit Pengurusan Rekod (UPR), Unit Laporan Perubatan (ULP), Unit Statistik (US) dan Unit Klinikal Kod (UKK).  JRP terletak di aras 2 Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA). JRP dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti Timbalan Pengarah (Sokongan) dan diketuai oleh Pegawai Tadbir.

JRP menjadi pusat rujukan utama penyampaian maklumat pesakit bagi tujuan penyelidikan berdasarkan kepada nilai teras UniSZA. Kluster penyelidikan sejajar dengan bidang keutamaan penyelidikan kesihatan dan keperluan kesihatan di negara ini dalam merancang, menjalankan, membangunkan dan menggalakkan penyelidikan untuk menjanakan perkhidmatan perubatan kesihatan yang berkesan dan efisien.

Polisi JRP ini menerangkan perkara yang perlu dilaksanakan dan dipatuhi oleh staf HoSZA yang terlibat di dalam penyampaian perkhidmatan sokongan kesihatan bagi meningkatkan kualiti pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP).

VISI

Jabatan Rekod Perubatan sebagai pusat sumber maklumat pesakit yang berkualiti, lengkap dan tepat bagi hospital.

MISI

  1. Mencapai kecemerlangan di dalam perkhidmatan dan pengurusan rekod perubatan pesakit.
  2. Menjadi pusat rujukan utama dalam memastikan kerahsiaan dan keselamatan rekod perubatan pesakit dilindungi.
  3. Membekalkan maklumat pesakit dengan penggunaan sistem digital berteknologi terkini bersesuaian dengan keperluan hospital.
  4. Menjadi sumber rujukan utama penyediaan maklumat pesakit bagi kajian penyelidikan perubatan dan kesihatan.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan satu mekanisme baru di hospital bagi meningkatkan pengoperasian yang lebih efisien, sistematik dan seragam ke atas pengurusan RPP.
  • Menggunakan sistem berteknologi canggih bagi penyimpanan rekod perubatan pesakit bagi memastikan kerahsiaan dan keselamatan maklumat kesihatan.
  • Memastikan RPP terpelihara kerahsiaan dan boleh dirujuk bagi tujuan perawatan, maklumat perubatan, pembelajaran, pendidikan, kes medico-legal dan penyelidikan.
  • Mengamalkan pengurusan sistem rekod perubatan yang ‘STANDARD’ dan menyesuaikannya mengikut perkembangan teknologi dan kehendak semasa.

OBJEKTIF KUALITI

  • Memastikan tidak kurang daripada 90% laporan perubatan pesakit disiapkan dalam tempoh dua puluh lapan (28) hari bekerja.
  • Memastikan tidak kurang daripada 95% rekod perubatan pesakit dari wad dihantar ke JRP dalam tempoh tujuh puluh dua (72) jam selepas pesakit discaj.
  • Memastikan 95% laporan statistik bagi kehadiran pesakit luar dan pesakit dalam ke HoSZA dapat disediakan dan dihantar kepada Pihak Pengurusan Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pusat Informatik Kesihatan (PIK) mengikut keperluan.
  • Memastikan 50% kod klasifikasi diagnosa penyakit pesakit dalam dapat disemak dalam tempoh tujuh puluh dua (72) jam selepas pesakit discaj bagi setiap bulan.
  1. Setiap pelanggan yang berurusan dengan JRP akan dilayan dengan mesra, baik, bertimbang rasa, bersopan santun dan ikhlas.
  2. Semua permohonan laporan perubatan yang lengkap akan disediakan dan siap dalam tempoh dua puluh lapan (28) hari bekerja dari tarikh terima permohonan.
  3. Permohonan pinjaman RPP fizikal akan diproses dalam tempoh satu (1) hingga tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
  4.  Maklumat pesakit akan dirahsiakan dan hanya didedahkan kepada orang yang diberi kuasa oleh undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.