Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) merupakan salah satu jabatan dibawah Direktorat Sokongan Klinikal. Unit ini terletak di Aras 1, Hospital Sultan Zainal Abidin. Unit Kerja Sosial Perubatan dinaungi oleh Pengarah Hospital, diikuti Timbalan Pengarah (Sokongan) dan diketuai oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan.
Unit Kerja Sosial Perubatan diwujudkan sebagai satu perkhidmatan yang menguruskan fungsi psikososial individu, keluarga dan komuniti bagi membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.
Secara am, perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan adalah bagi menangani pelbagai isu biopsikososial yang melibatkan pendekatan multi-disiplin dalam mencapai objektif Total Patient Care.
Perkhidmatan ini membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
VISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi dengan memberikan perkhidmatan yang cekap bagi mencapai kesihatan fizikal dan mental yang baik.
MISI
OBJEKTIF

Bantuan praktikal dalam kerja sosial perubatan merujuk kepada sokongan nyata dan konkrit yang diberikan oleh pekerja sosial perubatan kepada pesakit yang menghadapi cabaran berkaitan kesihatan.

Terapi sokongan dalam kerja sosial perubatan ialah satu bentuk kaunseling atau psikoterapi yang disediakan oleh pekerja sosial perubatan kepada pesakit.